PERINGATAN ! SILA HORMATI BLOG SAYA !

count ! count !

langit tak selalunya cerah


harini aku suggest nak naik train dari kl ke shah alam ehh tak padang jawa memandangkan padang jawa lagi dekat nak ke yuuu ai te em, so aku pun naik lah. wahh mula-mula memang complain habislah panas terik kl la, sebab bangunan la, sebab manusia tak reti tanam pokok la (macam aku) haaaa semua benda nak salahkan (bisik rungutan dalam hati) tapi muka aku still nampak cam cool je an walaupun kat dahi dah sebaldi peluhnya. so aku pon tunggu punya tunggu train ni lain macam pulak lambat dia. jadi aku decide keluarkan sketch book aku dan sebatang pena yang matanya tinggal nunggu hari je nak patah dan aku pun mula la melukis. 

memang feeling habis la. (gambarnya lupa nak ambil) lepas sepuluh minit aku lukis-lukis tetiba train datang berdesup lajunya. macam biasa aku pon naik lah coach wanita yang aku rasa lagi selesa dan comfortable. #ehh 

perjalanan dari tempat aku nak ke padang jawa ambil masa satu jam jugalah, aku pun macam tak de mood nak lukis jadi aku pilih untuk baca zine sambil dengar lagu dekat playlist favourite aku. sampai je batu tiga aku dah mula rasa nak call member aku suruh fetch aku kat station padang jawa. tetiba dia inform aku kata hujan lebat nak mati siap pakej angin ribut. ini kes menipu ni (bisik aku dalam hati) kat batu tiga ni punyalah cerahnya. aku sampai berpeluh-peluh. aku pon iakan sajalah memandangkan aku mengharapkan orang untuk fetch aku. elok je pintu ktm tu terbuka perghh rasa macam kipas angin cooler tu pakej air plus angin macam terpacak depan muka kau.. aku punya terkejutnya. Malaysia ke ni? macam tak percaya. betullah orang kata "langit tak selalunya cerah." 

jadi aku pun stuck dengan penumpang-penumpang yang lain seolah-olah riak muka dorang macam mengharapkan berhentilah sekarang jugak hujan. samalah seperti riak muka aku sambil menjeling kereta yang turukan penumpang betul-betul bawah bumbung. beruntungnya manusia tu. next, aku rasa aku malas nak nak tunggu lama-lama dan malas nak menyusahkan member-member jadi aku decide untuk naik taxi. akhirnya aku dicaj RM12 dari padang jawa ke uitm yang kalau diikutkan meter taxi tu tak sampai RM5 pon. memang panas je aku peratikan pakcik teksi ni, tapi apakan daya kau terdesak nak sampai kolej awal. hmmmm. pakcik taxi ni aku anggap aku buat sedekah lah, kalau tak kesian anak bini dia takkan nak makan duit yang tak berkat. jadi cerita dia aku tolak tepi. apa-apa pun aku selamat sampai di kolej. alhamdullilah

p/s : minta mana-mana taxi gunakan meter atau kau azankan kat dia sambil cakap, " pakcik duit yang saya nak bayar ni pon hasil usaha mak ayah saya supaya ianya berkat, terima kasih pak cik" 


No comments:

leave your link here :D