PERINGATAN ! SILA HORMATI BLOG SAYA !

count ! count !

langit tak selalunya cerah


harini aku suggest nak naik train dari kl ke shah alam ehh tak padang jawa memandangkan padang jawa lagi dekat nak ke yuuu ai te em, so aku pun naik lah. wahh mula-mula memang complain habislah panas terik kl la, sebab bangunan la, sebab manusia tak reti tanam pokok la (macam aku) haaaa semua benda nak salahkan (bisik rungutan dalam hati) tapi muka aku still nampak cam cool je an walaupun kat dahi dah sebaldi peluhnya. so aku pon tunggu punya tunggu train ni lain macam pulak lambat dia. jadi aku decide keluarkan sketch book aku dan sebatang pena yang matanya tinggal nunggu hari je nak patah dan aku pun mula la melukis. 

memang feeling habis la. (gambarnya lupa nak ambil) lepas sepuluh minit aku lukis-lukis tetiba train datang berdesup lajunya. macam biasa aku pon naik lah coach wanita yang aku rasa lagi selesa dan comfortable. #ehh 

perjalanan dari tempat aku nak ke padang jawa ambil masa satu jam jugalah, aku pun macam tak de mood nak lukis jadi aku pilih untuk baca zine sambil dengar lagu dekat playlist favourite aku. sampai je batu tiga aku dah mula rasa nak call member aku suruh fetch aku kat station padang jawa. tetiba dia inform aku kata hujan lebat nak mati siap pakej angin ribut. ini kes menipu ni (bisik aku dalam hati) kat batu tiga ni punyalah cerahnya. aku sampai berpeluh-peluh. aku pon iakan sajalah memandangkan aku mengharapkan orang untuk fetch aku. elok je pintu ktm tu terbuka perghh rasa macam kipas angin cooler tu pakej air plus angin macam terpacak depan muka kau.. aku punya terkejutnya. Malaysia ke ni? macam tak percaya. betullah orang kata "langit tak selalunya cerah." 

jadi aku pun stuck dengan penumpang-penumpang yang lain seolah-olah riak muka dorang macam mengharapkan berhentilah sekarang jugak hujan. samalah seperti riak muka aku sambil menjeling kereta yang turukan penumpang betul-betul bawah bumbung. beruntungnya manusia tu. next, aku rasa aku malas nak nak tunggu lama-lama dan malas nak menyusahkan member-member jadi aku decide untuk naik taxi. akhirnya aku dicaj RM12 dari padang jawa ke uitm yang kalau diikutkan meter taxi tu tak sampai RM5 pon. memang panas je aku peratikan pakcik teksi ni, tapi apakan daya kau terdesak nak sampai kolej awal. hmmmm. pakcik taxi ni aku anggap aku buat sedekah lah, kalau tak kesian anak bini dia takkan nak makan duit yang tak berkat. jadi cerita dia aku tolak tepi. apa-apa pun aku selamat sampai di kolej. alhamdullilah

p/s : minta mana-mana taxi gunakan meter atau kau azankan kat dia sambil cakap, " pakcik duit yang saya nak bayar ni pon hasil usaha mak ayah saya supaya ianya berkat, terima kasih pak cik" 


cakap saja.

hai. mata ,masih belum cukup mengantuk untuk tidur jadi jari mula gatal nak menaip. so harini everything went well. biasa lah life student u, nak nak kau duduk kat u induk tepu je rasa bila semua  budak budak degree dah chiaww. jadi aku dengan teman seperjuangan plan la nak pergi jogging memandangkan lemak lemak dalam badan ni mula terasa berat. haha

so, kiteorang pergi ke tempat biasa lah kalau nak berjogging tu yang paling hampir kat sini tasik seksyen 7 , shah alam lah. biasalah sampai sampai confirm lah panaskan apa-apa yang patut, karang kejang habis semua tak naya kau. haaa.

jadi sedang aku jalan-jalan di trak larian tu, tetiba kawan aku (nani) cakap 
"masalah masyarakat kita ni, ada gapped je"
*aku terus pandang dengan keadaan yang terpinga-pinga.
mana tak nya tetiba je masuk topic gapped gapped ni. haihh
aku pun balas " yelah yang kaya nak dengan yang kaya, yang alim dengan yang alim saja, macam mana nak wujudkan komuniti"

buka sahaja topik ni aku mula marah pada sekeliling, malah dengan diri aku sendiri. cuba kita fikir sejenak, adakah orang sekeliling kalian adalah orang perangainya seperti kalian ? sifatnya equal seperti kalian ? pernah tak kalian mahukan sesuatu yang berbeza? sebagai contoh kau bertudung nak ke kawan dengan orang yang tak bertudung. (maaf jika menyentuh sensitiviti) kau alim nak ke kawan dengan yang jahil.

kalau masih tidak mahukan perbezaan maka betullah "makin seseorang itu berpengalaman, semakin rendah pandangannya terhadap yang tidak berpengalaman"

sekian,
terima kasih kepada hamba allah tentang kenyataan itu. 




raya o yeah


salam lebaran. hampir seminggu kita beraya. alhamdulilah dapat juga beraya. sakan tak korang ? giler ngko tak sakan. hakak sampai terkojol kojol dalam kereta penat punya pasal. from kuala lumpur to kuala selangor to tanjung karang return kl balik then balik batu pahat turun melaka turun negeri sembilan. perghh time tu rasa kena minum redbull 13 botol pasal tenaga memang tahap minimum. apa apa pun hakak memang syiok la raya kali ni. soal duit raya tu engko tak yah mengada ngada nak tanya hakak. ehh of course lerr hakak dah tua bangka kalau dapat duit raya pon kita boleh buat sujud syukur. okaylah, memandangkan baru je sampai ni izinkan hakak untuk beristirahat dulu. akak belanja gambar sikit... assalamualikum.  



leave your link here :D